Ini senarai lengkap 32 pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan kalah mati di pentas Piala Dunia FIFA 2026.
Kejohanan Piala Dunia FIFA edisi 2026 kini sedang rancak berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada melibatkan 48 buah negara peserta yang turun dengan misi penting bagi merebut kejuaraan di pentas tertinggi dunia.
Kesemua 48 negara sudah mengharungi peringkat kumpulan sejak hampir dua minggu dan hanya 32 buah pasukan yang berjaya meneruskan langkah dengan juara serta naib juara kumpulan mara bersama 8 pasukan tempat ke-3 terbaik.
Fokus peminat tidak dinafikan pastinya tertumpu terhadap pasukan-pasukan handalan dunia seperti juara bertahan, Argentina, Portugal, England, Brazil, Jepun, Jerman, Perancis serta Sepanyol yang dijangka mara lebih jauh pada edisi kali ini.
Berikut senarai pasukan-pasukan yang layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA 2026.
1- Mexico.
2- Afrika Selatan.
3- Switzerland.
4- Kanada.
5-Brazil.
6- Maghribi.
7- Bosnia.
8- USA.
9- Australia.
10- Paraguay.
11- Jerman.
12- Ivory Coast.
13- Ecuador.
14- Jepun.
15- Belanda.
16- Sweden.
17-Belgium.
18- Mesir.
19- Sepanyol.
20- Cape Verde.
21- Perancis.
22- Norway.
23- Senegal.
24- Argentina.
25-Colombia.
26- Portugal.
27- Croatia.
28- England.
29- Ghana.
30- DR Congo.
31- Algeria.
31- Austria.
Perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA dijadualkan bermula pada awal pagi Isnin, 29 Jun 2026 ini dengan aksi tumpuan melibatkan Brazil vs Jepun bakal menjadi perhatian ramai peminat bola sepak di dalam dan luar negara.