‘Messi England’ Aksi Harry Maguire Ayamkan USA
Piala Dunia
@brfootball
Advertisements

Ramai penyokong England merasa kecewa selepas melihat pasukan mereka diikat 0-0 dengan USA semalam. Tetapi sekurang-kurangnya, mereka merasa terhibur dengan prestasi cemerlang beberapa pemain termasuk bek tengah Manchester United, Harry Maguire.

Maguire bukan sekadar menjadi penghalang kebanyakan serangan Amerika Syarikat. Malah, bekas bek tengah Leicester City itu mencipta kejutan dengan menggelecek dua pemain lawan macam Lionel Messi! Hal ini berlaku sekitar minit ke-11 perlawanan.

https://www.youtube.com/watch?v=0XjhvooFPG8

Pada ketika itu, England bergelut mencipta peluang menghasilkan gol tetapi semua itu berubah menerusi gerakan menarik bek tengah United itu. Maguire menggelecek dua pemain USA iaitu kapten Tyler Adams dan bek tengah Fulham, Tim Ream sebelum menghantar bola kepada Mason Mount tetapi berjaya dikeluarkan pertahanan The Yanks.

Advertisements

Usaha solo yang ditampilkan bek tengah United itu mencetuskan keriuhan di laman media sosial termasuk di Twitter. Ramai pengguna Twitter menyangka yang menggelecek pertahanan USA bukan Maguire tetapi Messi atau Neymar.

Maguire merupakan pemain terbaik England dalam perlawanan semalam tetapi beliau tidak dapat menggondol anugerah Pemain Terbaik Perlawanan selepas ia diberi kepada Christian Pulisic. Tetapi dengan prestasi yang ditonjolkannya, ini boleh saja menjadi titik perubahan yang diperlukan untuk menyelamatkan kariernya bersama Red Devils.

Walaupun seri, England semakin hampir layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022. Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu hanya perlu memastikan jika mereka kalah sekalipun, mereka tidak dibolosi empat gol apabila bertemu dengan Wales pada 30 September. Tetapi memandangkan ini merupakan perlawanan setempat Home Nation, England pastinya tidak mahu kalah kepada The Dragons.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram