Pentas Piala Dunia 2026 bakal menyaksikan 9 jaguh dari Asia akan berentap bersama 40 negara bagi meraih gelaran juara.
Sebanyak 48 negara telah mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas tamatnya kesemua pusingan kelayakan antar-benua yang menyaksikan Iraq dan DR Congo muncul selaku pemenang.
Menariknya, Piala Dunia yang bakal memasuki edisi ke-23 ini melibatkan 9 negara terbaik dari Asia, tertinggi dalam sejarah selepas mengambil kira penambahan kuota dalam kejohanan kali ini.
9 buah pasukan iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia, Qatar, Arab Saudi, Iran, Iraq bersama Jordan dan Uzbekistan yang bakal membuat penampilan pertama bakal membawa nama Asia di Piala Dunia 2026.
Ini senarai penuh 48 buah negara yang bakal beraksi di Piala Dunia 2026 berdasarkan undian dalam kumpulan yang telah dijalankan sebelum ini.
Kumpulan A: Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan, Republik Czech.
Kumpulan B: Kanada, Bosnia & Herzegovina, Qatar, Switzerland.
Kumpulan C: Brazil, Maghribi, Haiti, Scotland.
Kumpulan D: Amerika Syarikat, Paraguay, Australia, Turki.
Kumpulan E: Jerman, Curacao, Ivory Coast, Ecuador.
Kumpulan F: Belanda, Jepun, Sweden, Tunisia.
Kumpulan G: Belgium, Mesir, Iran, New Zealand.
Kumpulan H: Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi, Uruguay.
Kumpulan I: Perancis, Senegal, Iraq, Norway.
Kumpulan J: Argentina, Algeria, Austria, Jordan.
Kumpulan K: Portugal, DR Congo, Uzbekistan, Colombia.
Kumpulan L: England, Croatia, Ghana, Panama.