Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni Awang Raih Pingat Gangsa Acara Pecut
UltraSukan
MNCF

Datuk Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat dalam saingan Piala Dunia Trek UCI dengan meraih pingat gangsa acara pecut individu.

Kejayaan itu dilakar dengan menewaskan wakil AIN, Nikita Kiriltsev dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa di Velodrom Nasional Nilai.

Selepas tewas kepada wakil Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul di peringkat separuh akhir, Azizulhasni berharap dapat bangkit untuk perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Meskipun cuba diberi tentangan oleh Kiriltsev, jaguh berusia 38 tahun itu membuktikan dirinya kekal berbisa dengan mengungguli kedua-dua perlumbaan pecut.

Selain pingat gangsa acara pecut, Azizulhasni turut meraih pingat emas dalam acara keirin di pentas final acara itu baru-baru ini.

Kejayaan meraih dua pingat ini dilihat hadiah terbaik Azizulhasni buat peminat sukan Malaysia. Ini kerana saingan Piala Dunia Trek UCI di Nilai merupakan saingan Piala Dunia terakhir buat beliau.

Selepas ini, Azizulhasni mengalihkan fokus kepada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.