Piala Dunia U17: Ecuador Tundukkan Maghribi
Piala Dunia
FIFA
Advertisements

Ecuador menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia B-17 dengan mengalahkan Maghribi 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan A.

Maghribi berpotensi layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan kelebihan satu perlawanan jika menang hari ini.

Manakala Ecuador memerlukan kemenangan selepas seri 1-1 dengan tuan rumah Indonesia dalam aksi pertama Kumpulan A.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta peluang jaringan. Keadaan ini mengakibatkan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Namun begitu, segalanya berubah pada babak kedua. Ecuador yang dibimbing Diego Martinez terus mengancam kubu pertahanan Maghribi.

Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-62. Penalti tersebut mudah disempurnakan Michael Bermudez bagi meletakkan Ecuador di hadapan.

Advertisements

Tersentak, skuad B-17 Maghribi cuba bangkit mengejar gol penyamaan tetapi gagal. Sebaliknya, Ecuador melebarkan lagi kelebihan menerusi Bermudez pada minit ke-93.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Sofascore memilih Bermudez sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 9.1 mata.

Keputusan ini menyaksikan Ecuador menerajui Kumpulan A dengan empat mata. Begitupun, kedudukan ini boleh berubah sekiranya Indonesia meraih kemenangan ke atas Panama dalam satu lagi aksi Kumpulan A.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram