Piala Dunia U17: Indonesia Tampil Aksi Berkelas Dunia Ikat Ecuador
Piala Dunia
Timnas Indonesia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia mempamerkan aksi yang cukup memukau untuk mengikat negara Amerika Selatan, Ecuador dengan keputusan 1-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula garang pada babak pertama.

Tuan rumah dilihat lebih mendominasi dengan bantuan pemain ke-12 memberikan semangat luar biasa buat pasukan.

Advertisements

Asakan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang muda Indonesia, Arkhan Putra menyempurnakan peluang di hadapan gawang untuk gol pembukaan perlawanan.

https://vt.tiktok.com/ZSNf22P3S/

Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila kealpaan benteng pertahanan membolehkan Allen Obando meledak gol penyamaan.

Aksi babak pertama tamat 1-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Ecuador berjaya menjaringkan gol kedua namun dibatalkan kerana ofsaid.

Kehandalan benteng Sang Garuda yang dikemudi oleh kapten pasukan, Iqbal Gwijangge mengekang jentera serangan Ecuador.

Tambahan masa 17 minit tidak mengubah keputusan untuk menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Advertisements

Indonesia kini di tangga ketiga Kumpulan A dengan satu mata dan akan berdepan Panama bagi aksi seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram