Penyokong Sedih, Perlawanan Harimau Malaya Tidak Disiarkan Di Siaran TV Percuma
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Sebahagian besar penyokong setia bola sepak Malaysia menzahirkan perasaan bercampur-baur susulan tiada siaran langsung aksi pasukan kesayangan negara, Harimau Malaya yang ditayangkan secara percuma di kaca televisyen.

Perkara ini dirungkai hasil tinjauan yang dilakukan oleh MakanBola menerusi platform media sosial untuk mengetahui pandangan murni peminat bola sepak tanah air.

Hasrat peminat yang tidak berkesempatan untuk menonton aksi ini secara langsung di stadium agak terhalang kerana tiada siaran langsung percuma yang disediakan oleh siaran televisyen percuma dalam negara.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat siaran langsung yang dibuat oleh TV3 dan juga TV9 namun sejak kebelakangan ini sudah tiada lagi siaran yang diberikan kepada penonton.

Kekecewaan dizahirkan oleh rakyat Malaysia yang mahu memberikan sokongan padu dari jauh buat pasukan kesayangan yang kini sedang menapak gagah untuk memburu kelompok 120 terbaik dunia.

Advertisements

Kerajaan dilihat menjadi pemain utama untuk menjayakan hasrat rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Kerajaan dengan inisiatif Menteri Belia dan Sukan perlu berbincang bagaimana untuk ‘merahmahkan’ siaran langsung tersebut,” ujar Aidee.

Advertisements

“Aksi Malaysia yang bermain, harapnya dapat masuk di RTM atau TV9 untuk bagi peluang kepada rakyat menonton. Bagi yang ada Astro semestinya sudah boleh menonton,” kongsi Shikin Yusof.

Sungguhpun kerajaan dengan inisiatif Menteri Belia dan Sukan ada menyediakan beberapa tempat bagi tayangan perdana skrin besar, siaran langsung secara percuma dilihat lebih efisien untuk menyemarakkan semangat patriotisme demi bola sepak tanah air.

Advertisements
https://vt.tiktok.com/ZSNfSa2J6/

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram