Piala Dunia U17: England Bangkit Tewaskan Iran
Piala Dunia
The FA
Advertisements

Ubi muda England bangkit daripada ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Iran dalam aksi kedua Kumpulan C hari ini.

Selepas mengalahkan Brazil 3-2 dalam aksi pertama kumpulan, keyakinan anak-anak buah Hossein Abdi berada pada tahap tinggi.

Pada masa sama, The Three Lions juga turun dengan penuh semangat selepas membelasah New Caledonia 10-1.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan England mendominasi lawan mereka dari Asia Barat itu. Malangnya, barisan pertahanan Team Melli Nojavanan diketuai Erfan Darvishaali kental menyerap asakan mereka.

Sebaliknya, Iran mendahului menerusi Abolfazl Zamani pada minit ke-31. Gol tersebut membolehkan Iran mendahului 1-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, England yang dibimbing Ryan Garry terus bersungguh-sungguh memburu gol penyamaan.

Advertisements

Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-63 menerusi pemain muda Chelsea, Reiss-Alexander Russell-Denny. Russell-Denny yang tampil sebagai pemain gantian berjaya menewaskan penjaga gol Iran, Arsha Shakouri.

Kedua-dua pasukan kemudiannya membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat merencana gol kemenangan.

Kesungguhan The Three Lions mendapatkan gol kemenangan akhirnya berhasil pada minit ke-90 menerusi pemain sayap Manchester City, Joel Ndala.

Advertisements

Itu sudah cukup untuk melonjakkan England ke persada Kumpulan C dan layak ke pusingan seterusnya. Sementara Iran jatuh ke tangga ketiga kumpulan dan hanya terpisah dengan Brazil dari segi kelebihan jaringan.

Impak Russell-Denny diiktiraf Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan. Pemain remaja The Blues itu menerima markah 7.9 mata dan hanya dipisahkan 0.1 mata dengan Shakouri yang mendapat 7.8 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram