Piala Dunia U17: Jerman Mudah Bantai Venezuela
Dunia
BNN
Advertisements

Jerman terus memimpin mempamerkan kualiti tersendiri di Piala Dunia U17 selepas membenam cabaran Venezuela dalam aksi kumpulan F di Stadium Antarabangsa Jakarta sebentar tadi.

Belum sempat Venezuela mengatur langkah, Jerman berjaya meledak pada minit pertama perlawanan hasil percubaan Robert Ramsak yang menyempurnakan hantaran dari Noah Darvich sekali gus mengubah kedudukan menjadi 1-0 memihak Jerman.

Jerman meneruskan penguasaan mereka dengan variasi hantaran pendek yang tepat. Manakala Venezuela dilihat lebih bertahan.

Advertisements

Pada minit ke-23, Jerman berpeluang menambah jaringan melalui Maxime Dal namun tandukan pemain pertahanan FSV Mainz itu sedikit tersasar.

Variasi serangan Jerman akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke-43, pemain sayap, Eric da Silva Moreira berjaya menjaringkan gol kedua selepas menyudahkan daripada Robert Ramsak.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Jerman meneruskan penguasaan bola secara menyeluruh dan memaksa Venezeuela terus bertahan.

Pesta gol berterusan buat Jerman selepas Robert Ramsak sekali lagi menemui sentuhan gol pada minit ke-56 sekali gus menjadikan menggandakan kedudukan menjadi 3-0.

Venezuela berpeluang untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-73 melalui Nicola Profeta yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti. Namun percubaannya dihalang.

Advertisements

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup. Dengan kemenangan itu, Jerman mendahului kumpulan F dengan 9 mata selepas menang kesemua tiga perlawanan. Venezeuela kekal di tangga kedua dengan mengumpul 4 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram