Piala Dunia U17: Mali Kejutkan Maghribi, Lawan Perancis Di Separuh Akhir
Piala Dunia
MakanBola
FA Mali
Advertisements

Aksi suku akhir Piala Dunia U17 antara pasukan Maghribi dan Mali berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Mali menerusi gol tunggal perlawanan saat akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan itu menyaksikan pasukan bimbingan Said Chiba menurunkan kesebelasan seimbang untuk menandingi percaturan Mali yang lebih bertahan.

Advertisements

Percubaan pertama perlawanan hadir menerusi penyerang Mali, Ibrahim Kanate yang tidak dikawal dalam kawasan 30 ela namun dinafikan oleh Taha Benrhozil.

Selang 7 minit, giliran Maghribi mencuri tumpuan apabila Mohamed Hamony cuba melakukan gerakan solo dari tepi namun percubaannya tersasar.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak kedua, stadium menjadi gegak gempita selepas perancang tengah Mali, Ange Tia bijak memperdaya pertahanan lawan sebelum jaringan pertama hampir dihasilkan.

Advertisements

Detik yang dinanti akhirnya tiba apabila kapten pasukan, Ibrahim Diarra meletakkan Mali di hadapan hasil percubaan cantik pada minit ke-80.

Advertisements

Dua pertukaran oleh Maghribi tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Mali akan berdepan Perancis pada aksi separuh akhir tanggal 28 November kelak.

Advertisements

News Comments Account