Piala Kelab Dunia: Man City Ke Final, Tamatkan Tentangan Sengit Urawa Reds
Piala Dunia
Urawa Red Diamonds
Advertisements

Man City bangkit daripada kekecewaan diikat Crystal Palace minggu lepas dengan mara ke final Piala Kelab Dunia FIFA awal pagi ini.

Mereka mara selepas mudah mengetepikan cabaran juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022, Urawa Red Diamonds dengan keputusan 3-0.

Kedua-dua pasukan sedar kemenangan hari ini melayakkan mereka ke final untuk bersemuka dengan kelab Brazil, Fluminense.

Advertisements

Bagi Urawa pula, inilah peluang untuk membuktikan kehebatan pasukan Asia di pentas dunia dan mara ke final kejohanan berprestij itu.

Babak pertama menyaksikan The Citizens banyak mengatur serangan ke atas kubu pertahanan kelab J1 League itu.

Bagaimanapun, barisan serangan City diketuai Matheus Nunes dan Bernardo Silva kerap dihampakan oleh barisan pertahanan The Red Devils diketuai Alexander Scholz.

Advertisements

Atas sebab itu, juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim lepas itu terpaksa menunggu sehingga minit akhir babak pertama untuk mendahului menerusi gol sendiri Marius Hoibraten.

Bersambung pada babak kedua, City terus mendominasi kelab J1 League dan tidak memberi ruang kepada mereka untuk menyerang.

The Citizens menggandakan kelebihan mereka menerusi Mateo Kovacic pada minit ke-52 selepas menerima hantaran kapten Kyle Walker.

Advertisements

Tujuh minit kemudian, Silva memastikan kedudukan City tidak boleh dicabar dengan gol ketiga yang cantik.

Juara treble musim 2022-2023 itu berusaha mencari gol tambahan tetapi terus dihampakan oleh kegigihan barisan pertahanan Urawa. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan The Red Devils bakal bersaing dengan kelab Mesir, Al-Ahly pada 22 Disember ini bagi menentukan pemenang tempat ketiga.

Advertisements

Sementara final Piala Kelab Dunia yang menemukan City dan Fluminense pula bakal berlangsung sehari selepas itu.

Sofascore memilih Jack Grealish sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mendapat markah 8.3 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram