Advertising
Urawa Reds Sasar Bedil Man City
Asia
MakanBola
Urawa Red Diamonds

Menjelang aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA membabitkan Urawa Red Diamonds dan Man City awal pagi esok, juara ACL musim 2022 itu berhajat ke final kejohanan berprestij itu.

Perkara ini dinyatakan oleh jurulatih Urawa, Maciej Skorza dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Skorza menyifatkan meskipun City berstatus pasukan gergasi England dan Eropah, itu bukan halangan buat Urawa mencipta kejutan.

Ad

Ini kerana pasukan J1 League itu mahu membuktikan bahawa pasukan Asia juga mampu mara ke final Piala Kelab Dunia FIFA.

Keyakinan The Red Devils itu turut didorong oleh prestasi kurang memberangsangkan The Citizens sejak kebelakangan ini.

Ad
Ad

City hanya meraih satu kemenangan daripada enam perlawanan dalam semua kejohanan termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kita bermain menentang pasukan dan pengurus terbaik di dunia. Tetapi kami masih menyimpan impian untuk beraksi di final (Piala Kelab Dunia FIFA),” katanya seperti dilaporkan CGTN Sports.

Urawa berjaya mara ke separuh akhir selepas mengetepikan wakil Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean (CONCACAF), Club Leon di pusingan kedua kejohanan.

Piala Kelab Dunia FIFA juga bakal menjadi kejohanan terakhir Skorza bersama The Red Devils sebagai jurulatih sebelum peranan itu diambil alih oleh jurulatih Norway, Per-Mathias Hogmo.