Jaguh Asia, Urawa Reds berpeluang membanggakan nama Asia apabila bakal bertemu dengan juara bertahan Eropah, Man City bagi aksi Piala Kelab Dunia FIFA.
Aksi cemerlang dalam kejohanan Asia menyaksikan juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu berjaya menumpaskan wakil Mexico, Club Leon pada pusingan kedua dengan keputusan 1-0.
Urawa Reds berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dengan pasukan gergasi Eropah itu bakal menjadi aksi tumpuan.
Anak didik Pep Guardiola kini dalam krisis prestasi selepas gagal mencatat kemenangan dalam 6 perlawanan terakhir termasuklah ketika seri 2-2 berdepan Crystal Palace.
The Red Devils juga tidak berada pada kedudukan yang cukup selesa setelah tersingkir awal daripada saingan ACL musim ini setelah tewas mengejut kepada wakil Vietnam, Hanoi FC.
Urawa Reds juga kehilangan beberapa tonggak penting dengan penyerang berbisa, Jose Kante bakal mengakhiri saingannya dan juga ketua jurulatih, Maciej Skorza telah memilih untuk membawa haluan baharu.
Perlawanan separuh akhir Kelab Piala Dunia ini memberi peluang terbaik buat wakil Asia ini mencipta kejutan dan melayakkan diri ke pentas final.
Aksi antara Urawa Reds dan Man City bakal berlangsung di Stadium King Abdullah City dengan kemenangan bakal menjadi buruan kedua-dua pasukan pada 20 Disember 2023.