Piala Kelab Dunia: Urawa Reds Ke Separuh Akhir, Kejutkan Club Leon
Piala Dunia
Urawa Red Diamonds
Advertisements

Juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2022, Urawa Reds membanggakan benua Asia dengan mara ke separuh akhir Piala Kelab Dunia 2023 hari ini.

Pencapaian ini dilakar selepas mereka berjaya mengenepikan wakil Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Carribean (CONCACAF) dari Mexico, Club Leon.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini bakal menemukan mereka dengan juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Manchester City di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Bagi Urawa, ini bakal mengulangi pencapaian separuh akhir mereka pada 2007. Tahun tersebut turut menyaksikan mereka meraih tempat ketiga Piala Kelab Dunia 2007.

Sementara bagi Leon pula, ini penampilan pertama mereka dalam Piala Kelab Dunia selepas bergelar juara Liga Juara-Juara CONCACAF musim 2023.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta peluang jaringan. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Leon berusaha mencari gol pendahuluan tetapi dinafikan oleh barisan pertahanan Urawa diketuai Alexander Scholz.

Sebaliknya, wakil Asia itu meraih gol pendahuluan pada minit ke-78 menerusi pemain gantian dari Belanda, Alex Schalk.

Nasib Leon semakin malang apabila kapten, William Tessilio dibuang padang pada minit ke-84 selepas mengutip kad kuning kedua.

Advertisements

Gol bekas pemain sayap Ross County itu sudah cukup membawa Urawa ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2007.

Dua tonggak Urawa, Jose Kante dan Yoshio Koizumi dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik pasukan hari ini. Kedua-duanya mendapat markah penilaian 7.4 mata.

Sementara Jose Alvarado pula dipilih sebagai pemain terbaik Leon dengan markah 7.1 mata.

Advertisements

Juara ACL musim lepas itu bakal membawa cabaran Asia berdepan The Citizens di peringkat separuh akhir pada 18 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram