Piala Malaysia: Terengganu Jinakkan Selangor Di Halaman Sendiri
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan kedua saingan Piala Malaysia hari ini menyaksikan pertembungan diantara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Pasukan tuan rumah mencatat keputusan positif apabila menang 2-1 keatas Selangor FC.

Selangor FC bermula garang menerusi pemain muda mereka Mukhairi Ajmal pada minit ke-2 permainan. Namun penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin tampak lebih bersedia dan menepis keluar bola. Pasukan pelawat sekali lagi hadir menerusi gerakan satu dua yang melibatkan Mukhairi Ajmal dan Ifedayo. Bagaimanapun, Suhaimi sekali lagi menyelamatkan gawang Terengganu daripada dibolosi. 

Walaupun rancak diasak, Terengganu FC terus konsisten dalam mengatur gerakan. Gol pertama perlawanan terhasil melalui build-up cantik pasukan tuan rumah pada minit ke-22 permainan. Larian cantik Faisal Halim, menjadi nadi kepada rembatan kencang Dechi Marcel yang akhirnya mengegar jaring. Terengganu FC mendahului dihadapan, 1-0.

Advertisements

Penjaring terbanyak Liga Premier, Jordan Mintah memiliki peluang terbaik pada minit ke-36 namun percubaan beliau sedikit tersasar. Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah, Terengganu FC mendahului satu gol dihadapan.

Babak kedua permainan menyaksikan skuad kenadalian Karsten Neitzel memasukkan dua orang fresh leg iaitu Norhakim Hasan dan Dinesh bagi menggantikan Sean Selvaraj dan Jordan Ayimbila.

Pada minit ke-48 permainan, Terengganu FC berjaya memberikan ancaman ke kubu Selangor FC apabila Habib Haroon melepaskan percubaan. Namun sepakan pemain import Terengganu FC itu melambung tinggi.

Advertisements

Serangan demi serangan yang dilakukan Terengganu FC akhirnya membuahkan hasil apabila keadaan kucar kacir di bahagian pertahanan Selangor FC telah membuka ruang buat Lee Tuck menjaringkan gol kedua buat pasukan. Kelajuan dan kelincahan Faisal Halim sekali lagi menghukum pasukan pelawat. Terengganu FC 2-0 Selangor FC

Peluang terbaik hadir pada minit ke-59 permainan buat skuad Nafuzi Zain untuk menghasilkan gol ketiga. Namun percubaan Jordan Mintah digagalkan Khairul Azhan Khalid. Penjaga gol Selangor FC itu sekali lagi menghalang gawangnya daripada dibolosi apabila curling shoot daripada Jordan Mintah pada minit ke-61 permainan, berjaya diselamatkan Azhan.

Selangor FC yang dilihat cuba menyusan gerakan di bahagian serangan akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila pada minit ke-75 pertahanan Selangor FC, Ashmawi Yakin melepaskan satu rembatan kencang dan gagal diselamatkan Suhaimi Husin.

Advertisements

5 minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Selangor FC gagal mengikat Terengganu FC untuk meraih keputusan seri. Perlawanan tamat, Terengganu FC menang 2-1 keatas Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram