Selangor FC: Inilah Yang Dinamakan Sebagai “Pitch Perfect”
Dunia
Advertisements

Menjelang aksi pertemuan Selangor FC menentang Johor Darul Takzim dalam saingan Liga Super 2021 malam ini, Selangor FC memaklumkan bahawa perlawanan akan diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.  

Selangor FC akan kembali beraksi menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai laman tuan rumah sehingga akhir saingan. Stadium MBPJ juga baru sahaja selesai menjalani proses baik pulih dan naik taraf padang. Hal ini berikutan permukaan padang di stadium ini sering kali terjejas terutamanya ketika hujan sekaligus menjejaskan kualiti dan corak permainan pasukan di dalam padang. 

Normas Yakin, merangkap kontraktor padang Stadium MBPJ memaklumkan bahawa stadium ini mempunyai dua masalah utama. Masalah pertama adalah air bertakung di bawah permukaan padang terlalu banyak kerana tidak ada sistem saliran air yang baik dan masalah kedua adalah kerana padang ini mengalami masalah di bahagian lapisan atas yang menyebabkan padang berlumpur selepas hujan. 

Advertisements


Sebelum ini, Stadium MBPJ telah menjalani  beberapa penambahbaikkan dari sudut sistem perparitan, bilik persalinan dan bilik VVIP bagi meningkatkan kualiti dan imej stadium. Inisiatif baik pulih padang ini akan mengambil masa beberapa bulan dan kerja-kerja naik taraf ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Proses penambahbaikan hasil kerjasama Selangor FC dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berlangsung sejak hujung bulan Mei yang lalu. Dalam perkembangan lain, Selangor FC telah disahkan menerima kelulusan dari pihak Malaysian Football League (MFL) untuk kembali menyambung baki perlawanan Liga Super 2021 di Stadium MBPJ. 

“Misi kami sebagai pihak Majlis Bandaraya adalah sentiasa memastikan fasiliti dan kemudahan di bawah tanggungjawab kami berada dalam keadaan terbaik untuk kegunaan masyarakat setempat. .” Jelas YB Aznan Hj Hassan dalam satu tembual terhadapnya.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal percaya selepas ini padang Stadium MBPJ akan lebih baik dan berkualiti bagi memberi manfaat kepada semua pasukan selain dapat meningkatkan kualiti liga selepas ini.

Rekod Selangor FC dalam saingan Liga Super ketika ini menduduki tangga kelima saingan Liga Super 2021 selepas 14 perlawanan. Dengan berbaki 8 perlawanan musim ini, skuad Merah Kuning pastinya berhempas pulas untuk meraih semaksimum mungkin bagi meletakkan pasukan tersebut pada kedudukan yang lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram