Piya: Apa Sudah Jadi Dengan Kelantan?
Liga Super
Kelantan FA
Advertisements

Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Razi mengakui merasa sedih dengan perkembangan pasukan lamanya itu ketika ini.

Badhri yang turut dikenali sebagai Piya merasakan sedemikian kerana satu masa dahulu, The Red Warriors merupakan antara pasukan gergasi tanah air. Antara trofi yang pernah dijulang beliau bersama Kelantan ketika itu ialah Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

Bagaimanapun, ini sama sekali berbeza dengan skuad Kijang hari ini. Biarpun sedar Kelantan kini pasukan kerdil, Piya merasakan pengurusan perlu menetapkan matlamat realistik agar dapat dicapai pasukan tersebut.

Advertisements

“Kenangan tak sebatas ingatan semata. Di balik susah senangnya, kenangan juga sering memberikan pelajaran berharga . Dan sekarang apa sudah jadi dengan TRW?

“Ingatlah ketika kita meraih sedikit kejayaan, 2023 teruskan menjadi pasukan kerdil namun mempunyai cita-cita yang realistik dan selari dengan kemampuan yang ada,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Advertisements

Selepas dibelasah 11-2 di tangan Selangor FC, Kelantan ketika ini menduduki tangga ke-13 Liga Super.

Dengan kalendar antarabangsa FIFA untuk September sedang berjalan, ini satu peluang buat pengurusan The Red Warriors menilai kedudukan pasukan bagi mengelakkan siri kekalahan besar yang dialami sebelum ini berulang.

Advertisements

Selepas ini, mereka akan berdepan pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lepas, Sabah FC pada 29 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram