Piya Dan Hai-O Jual Sambal
Dunia
Advertisements

Bekas penjaring gol Final Piala Malaysia 2010, Hairuddin Omar dan Badhri Radzi (Piya) kini bergandingan semula di luar padang dengan membuka bisnes sambal. Kedua-dua bekas pemain Kelantan dan kebangsaan ini mengeluarkan jenama terbaru mereka yang dinamakan DuoBotak dengan menjadikan sambal ikan bilis sebagai taruhan utama.

Idea tercetus apabila Hai-O yang melihat Piya banyak mempromosikan produk dibawah jenamanya sendiri. Disitulah timbulnya idea untuk Hai-O mengajak Piya berkolaberasi memandangkan Hai-O sendiri sudah lama mengusahakan kilang produk-produk makanan.

Produk yang dilancarkan pada bulan April lalu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada hari pertama pelancaran, sebanyak 2000 botal sambal telah terjual dan selepas dua minggu pelancaran, jualan mencecah 10000 botol.

Advertisements

DuoBotak ini mempunyai stokis dan ejen hampir di setiap negeri di dalam Malaysia. Menurut Hai-O, produk sambal ini menggunakan resipi tersendiri dan iainya merupakan produk yang premium. Sambal bilis DuoBotak ini juga telah mendapat sambutan yang baik daripada YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan wakil-wakil agensi kerajaan seperti Mardi dan Fama yang datang membuat lawatan ke kilang pemprosesan produk makanan mereka.

Kini jenama itu hadir dengan dua pilihan iaitu Sambal Ikan Bilis dan Sambal Ikan Bilis Petai. Melihatkan kepada maklum balas orang ramai, rata-ratanya berpuas hati dengan keenakan produk keluaran Hai-O dan Piya ini. Semoga terus sukses lejen !

Tempahan boleh dibuat terus dengan menghubunyi Piya menerusi WhatsApp.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram