PJ City Buru Lebih Ramai ‘Permata’ Tempatan Jayakan Misi Tidak Mustahil Pasukan
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC mahu memburu lebih ramai ubi tempatan yang berkualiti dalam usaha untuk memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan d Liga Super.

Menerusi satu temubual eksklusif bersama Makanbola, jurulatih berusia 53 tahun itu menjelaskan bahawa setiap musim, pasukan yang berpangkalan di Petaling Jaya itu akan sentiasa memburu pemain untuk memantapkan pasukan.

Sungguhpun begitu, beraksi bersama pasukan ini menjadi kelebihan buat para pemain kerana persaingan yang wujud dalam kalangan pemain tempatan mampu membentuk sebuah pasukan yang berkualiti.

Advertisements

Walau bagaimanapun, P. Maniam mengakui bahawa terdapat beberapa posisi yang masih boleh diperbaiki bagi memastikan pasukannya mampu bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi di Liga Super.

‘Ya kita masih dalam usaha untuk memantapkan beberapa posisi terutamanya di jentera tengah pasukan.’

‘Kita kehilangan khidmat K. Gurusamy namun kita sudah pun membawa masuk beberapa pemain, namun saya merasakan bahawa posisi tersebut masih boleh dimantapkan lagi.’

Advertisements

Ketika ini, PJ City dilihat berada pada landasan yang terbaik untuk memburu kedudukan ’Top 5’ Liga Super apabila berjaya mencatat 1 kemenangan dan juga 1 kekalahan.

Kini, mereka berada pada tangga kelima Liga Super setelah berlangsungnya dua perlawanan.

P. Maniam juga optimis pasukannya mampu untuk mencuri mata dalam pertemuan bertemu Terengganu, Rabu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram