Pengurus Portugal, Roberto Martinez mengakui pasukan itu mengimpikan gelaran juara dunia sebagai tanda penghormatan buat mendiang Diogo Jota.
Hal ini dinyatakan Martinez apabila ditanya tentang Jota menjelang ulang tahun pertama kematiannya pada 3 Julai ini. Pengurus Sepanyol itu melihat semangat bekas penyerang Liverpool itu menjadi pendorong buat Portugal memburu trofi Piala Dunia.
“Saya tidak akan katakan ulang tahun tersebut akan menjadi sukar. Saya akan kata ia lebih kepada keraian. Kita perlu beri penghormatan kepada Diogo Jota,” katanya seperti dilaporkan CGTN Sports Scene.
Martinez turut mengakui semasa hayatnya, Jota menjadi sumber inspirasi Portugal terutama bila bergelar juara Liga Negara-Negara UEFA (UNL) pada 2025.
Justeru, bekas pengurus Belgium itu melihat gelaran juara dunia sebagai satu penghormatan terbesar pasukan itu kepada bekas penyerang Wolves itu.
“Beliau mungkin dan cahaya rangsangan yang kami ada. Kami mahu menang Piala Dunia demi beliau,” tambahnya.
Jota dan adiknya, Andre Silva terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol pada Julai tahun lalu. Sejak itu, nama penyerang Portugal itu diingai bukan saja Portugal tetapi dua bekas kelab beliau, Liverpool dan Wolves.
Portugal layak ke pusingan kalah mati selaku naib juara Kumpulan K. Ini selepas pasukan itu diikat Colombia tanpa jaringan dalam aksi terakhir kumpulan pada Ahad.
Portugal dijadual bertemu Croatia di pusingan 32 pasukan terbaik di BMO Field, Toronto pada 2 Julai ini.