Posisi Sebenar Arif Aiman Jadi ‘Masalah’ Buat Tano Solari
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berdepan masalah besar menjelang aksi final Piala FA.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan skuad Harimau Selatan berdepan Kuala Lumpur City FC dalam misi meraih trofi kedua musim ini selepas Piala Sumbangsih.

Menerusi satu penjelasan oleh ketua jurulatih, Tano Solari kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, beliau kini dalam keadaan yang cukup positif untuk memastikan pasukannya dalam keadaan terbaik pada perlawanan tersebut.

Advertisements

Katanya, percaturan kini tertumpu kepada pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi yang berpotensi untuk menjadi duri dalam daging buat The City Boys.

Solari yakin pemain berusia 21 tahun itu merupakan masalah dan juga penyelesaian buat pasukannya namun masih belum memutuskan posisi Arif di atas padang kelak.

Advertisements

“Dia (Arif Aiman) beraksi sangat bagus pada semua, posisi. Ini menjadi masalah kepada saya untuk meletakkannya di mana tetapi dia (Arif) juga merupakan penyelesaian buat saya.”

“Peranan beliau bergantung kepada keperluan dalam perlawanan itu nanti. Kita boleh meletakkannya sebagai pemain sayap, penyerang atau penyerang kedua,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Pengendali kelahiran Argentina itu berharap agar pemain sayap lincah ini menjadi tunjang utama buat pasukan di samping peranan pemain lain dapat membantu untuk merealisasikan hasrat JDT.

Pada musim ini, Arif menjadi pemain tempatan JDT paling menyerlah apabila menjaringkan 6 gol dan merekodkan 10 bantuan gol setakat 17 perlawanan Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram