Pra-Musim 2023: Selangor Mudah Atasi Imigresen
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Selangor menamatkan kempen pra-musim mereka dengan kemenangan. Ini selepas mereka berjaya mengatasi pasukan Liga M3, Imigresen 3-0 di Stadium MBPJ hari ini.

Walaupun ia dikelaskan sebagai perlawanan persahabatan tertutup, ia dihadiri oleh ramai penyokong. Turut hadir menonton perlawanan kedua-dua pasukan ini ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jurulatih Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe menurunkan kesebelasan utama yang dianggap bayangan skuad yang bakal diturunkan pada Ahad ini. Ini termasuk kuartet import Yohandry Orozco, Ayron Del Valle, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab.

Advertisements

Di sebalik status mereka sebagai kelab Liga M3, itu tidak menghalang anak-anak buah Mat Zan Mat Aris daripada cuba memberi tentangan. Bagaimanapun, mereka akhirnya dibolosi menerusi gol Noor, Danial Asri dan Aliff Haiqal Lau sekaligus kemenangan buat tuan rumah.

Kemenangan ini dilihat tonik terbaik buat anak-anak buah Cheng Hoe menghadapi saingan Liga Super yang bermula pada minggu ini. Selangor bakal berdepan Kelantan United untuk perlawanan pertama liga di Stadium MBPJ pada 26 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram