Pratama Arhan Raih Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala AFF Suzuki 2020
Dunia
AFF Suzuki Cup & IG pratamaarhan8
Advertisements

Walaupun beraksi sebagai pertahanan kiri namun ‘workrate’ dan kemampuan luar biasa pemain ini ternyata menjadi nadi penting dalam kemenjadian pasukan Indonesia dalam Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Konsistensi Pratama Arhan dalam bertahan dan menyerang akhirnya terbalas dengan memenangi Anugerah GOAL NXGN Pemain Muda Terbaik untuk Piala AFF Suzuki. Beliau berjaya menewaskan calon-calon lain seperti rakan sepasukannya Witan Sulaeman dan Thanawat Suengchitthawon dari Thailand.

Penyokong bola sepak Malaysia pasti akan mengingati ‘wondergoal’ dari Pratama ketika Indonesia menewaskan Malaysia 4-1 dalam aksi kumpulan tempoh hari.

Advertisements

Dalam Piala AFF Suzuki 2020, Pratama Arhan yang juga pemain PSIS Semarang telah tampil 6 kali dalam kesebelasan utama dengan mencetak 2 gol dan menyumbang 2 bantuan gol. Gol yang dijaringkan adalah ketika menentang Malaysia dalam aksi terakhir kumpulan dan juga aksi separuh akhir kedua menentang Singapura.

Pasukan Indonesia tewas 0-4 dalam final pertama Piala AFF menentang Thailand di mana Pratama tidak beraksi dalam perlawanan tersebut kerana digantung selepas mengutip 2 kad kuning dan beliau beraksi semula semalam ketika final kedua. Indonesia seri 2-2 dalam perlawanan itu namun tewas 2-6 menerusi agregat kepada Thailand sekali gus kempunan untuk menjulang Piala AFF buat kali pertama sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1996.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram