Presiden VFF Beri Amaran 
MakanBola
Edited By FZ

Presiden Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) telah memberi amaran berhubung kejatuhan liga bola sepak yang bakal berlaku.

Beliau dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui tidak boleh tidur dengan lena selama dua hari susulan Vietnam tewas di tangan Malaysia.

“Rambut saya sudah beruban dan tidak boleh tidur selama dua hari,” katanya selepas mesyuarat pada 17 Jun lalu.

Aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menyaksikan Harimau Malaya berjaya menundukkan Bintang Pahlawan Emas dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Presiden VFF, Tran Quoc Tuan tidak mahu untuk mengambil risiko untuk menaturalisasikan ramai pemain buat pasukan kebangsaan kerana beranggapan ia boleh menjejaskan saingan liga. 

“Kami telah menganalisis strategi bola sepak dari pelbagai latar belakang. 

“Jika kami menaturalisasikan ramai pemain, ia memang akan menguatkan lagi pasukan kebangsaan tetapi saingan liga akan semakin lemah,” tambahnya.

Pasukan kebangsaan akan berkunjung ke Vietnam pada Mac 2026 dengan kemenangan bakal memastikan Malaysia layak ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.