Advertisements
“Prestasi Lee Zii Jia Masih Sama” – Roslin Hashim
UltraSukan
UltraSukan

Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim percaya prestasi pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih lagi berada pada takuk sama.

Zii Jia memulakan kempen tahun 2024 dengan tersingkir dari pusingan pertama Malaysia Open 2024. Beliau kemudiannya bangkit dengan mara ke suku akhir India Open 2024.

Meskipun menunjukkan prestasi memberangsangkan, Roslin melihat corak permainan Zii Jia masih sama dan mudah dibaca pihak lawan.

Atas sebab itu, beliau berharap anak jati Alor Setar, Kedah itu dapat menambahbaik persediaan sebelum sesebuah kejohanan agar dapat tampil lebih cemerlang selepas ini.

“(Prestasi) dia masih lagi sama dan dalam situasi yang sama. Tapi dari segi pencapaian, ada peningkatanlah. Dari pusingan pertama (Malaysia Open) ke suku akhir (India Open).

“Jadi, sekarang ini, dia haruslah melihat persediaan dialah (ditambahbaik untuk kejohanan seterusnya),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari untuk Nadi Arena.

Zii Jia bakal tampil dalam kejohanan Indonesia Masters 2024 yang bakal membuka tirainya pada minggu ini.