Ads
Profil Unik Adib Ra’op Tarik Minat Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui tertarik dengan kualiti yang dimiliki pemain pertahanan Penang FC, Adib Ra’op.

Advertisements

Awal musim 2024/25 menyaksikan Adib mempamerkan prestasi memberangsangkan bersama pasukan utara tanah air itu.

Advertisements

Meskipun skuad Harimau Kumbang meraih tiga keputusan seri setakat ini, keupayaan pemain berusia 24 tahun itu sebagai bek kiri mendapat pujian ramai.

Advertisements
Advertisements

Ini kerana Adib memastikan gawang Penang hanya bocor sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan. Kejayaan ini terhasil menerusi kombinasi beliau bersama Fairuz Zakaria, Richmond Ankrah dan kapten, Rafael Vitor.

Pan-gon mengakui memantau perkembangan Adib sejak tahun lepas. Dan beliau merasakan dengan kualiti yang dimilikinya terutama dari segi kelajuan dan ketahanan, ini masa yang tepat buat pemain itu menyertai kem Harimau Malaya.

Advertisements

“Tentang Adib (Ra’op), kita pantau (kemajuan) dia dari tahun lepas. Dia bermain sebagai pemain sayap, kadang-kadang bermain sebagai bek.

“Dia seorang pemain yang menarik dan antara pemain yang kita cari dari segi kepantasan, kekuatan, ketegasan dan ketahanan. Sebenarnya, pemain ini memenuhi apa yang kita cari dalam kem (Harimau Malaya).

“Kita cuma menanti masa yang tepat (untuk memanggilnya). Musim ini, dia menyerlah dan kita perlukan pemain yang boleh menambah kekuatan dan ketegasan dalam pasukan kita. Jadi, saya rasakan dia boleh beradaptasi dengan pantas dalam pasukan,” katanya kepada media di Wisma FAM semalam.

Skuad negara kini dalam rangka persiapan untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan untuk aksi kelayakan kelima pada 6 Jun. Ini disusuli perlawanan terakhir menentang Taiwan pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram