Advertising
PSG Semakin Hampir Tandatangani ‘Wonderkid’ Korea Selatan
MakanBola
teamtalk

Selepas Atletico Madrid menghentikan usaha membuat bidaan, kini terdapat beberapa kelab yang cuba membawa masuk pemain muda berbakat Korea Selatan, Lee Kang-in termasuk juara Liga Perancis, Paris Saint Germain (PSG).

Menurut laporan dari Relevo, Kang-in yang kini beraksi bersama Real Mallorca hampir pasti meninggalkan kelabnya itu selepas PSG telah pun mengadakan rundingan bersama Mallorca dan proses rundingan berjalan dengan begitu lancar.

Ad

Kini, mereka sedang memuktamadkan perihal bonus buat ‘wonderkid’ Korea Selatan itu. Jika rundingan antara dua kelan itu berjaya, ini bermakna Kang-in bakal menjadi pemain Asia pertama yang akan menyarung jersi PSG.

Ad

Untuk rekod, Kang-in telah dipantau oleh Atletico Madrid sejak Januari lalu dan pihak pengurusan kelab telah melakukan usaha terbaik bagi mendapatkan Kang-in. Namun tiada kata putus dapat dicapai dan Atletico telah menghentikan usaha mendapatkan Kang-in.

Selain PSG, beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris turut berminat mendapatkan khidmat Kang-in seperti Wolverhampton, Burnley dan Aston Villa. Terdapat juga minat dari kelab gergasi England, Manchester United namun tiada usaha yang lebih mendalam bagi mendapatkan bintang muda tersebut.

Ad