Ads
PSSI Terbang Ke Belanda Kenal Pasti Pemain Warisan Dari Eropah
Asia Tenggara
Indra Sjafri

Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) telah terbang ke Belanda bagi mencari lebih ramai pemain warisan berpotensi mewakili Garuda.

Advertisements

Indonesia kini rancak mencari pemain warisan di Eropah yany berpotensi besar untuk membantu Timnas Indonesia menjadi lebih baik.

Advertisements

Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafri dilaporkan telah terbang ke Belanda untuk mengenal pasti kelompok pemain yang berpotensi mewakili Sang Garuda.

Advertisements
Advertisements

Indonesia telah meletakkan sasaran besar untuk memdapat tempat dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 pada tahun 2025.

Berdasarkan laporan daripada media Indonesia, Indra Sjafri telah berjaya menemui 5 orang pemain berbakat besar yang berpotensi menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Advertisements

Antara pemain yang ditemui oleh beliau ialah Jens Raven yang beraksi pada posisi serangan dan baru berusia 18 tahun.

Pemain berketinggian 1.89 meter ini beraksi bersama FC Dordrecht B-21.

Pemain-pemain lain yang ditemui di Belanda termasuklah Mauresmo Hinoke, Xavi Woudstra, Dion Markx dan juga Kaya Symons.

5 pemain ini diharapkan dapat membantu skuad Indonesia B-20 untuk beraksi di Maurice Revello Tournament atau nama sebelumnya, Toulon Tournament yang merupakan kejohanan bola sepak remaja antarabangsa yang berprestij. 

Kejohanan ini dianggap kejohanan dunia tidak rasmi untuk pasukan bola sepak B-19 atau B-20 sebelum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan Piala Dunia Remaja (kini Piala Dunia B-20) pada 1977.

Indonesia berada dalam Kumpulan B bersama Ukraine, Jepun, Panama dan Itali. Indonesia akan menentang Ukraine pada 4 Jun sebelum disusuli perlawanan menentang Panama pada 6 Jun.

Advertisements

Selepas itu, skuad muda Indonesia akan menentang Jepun pada 8 Jun sebelum menentang Itali untuk aksi terakhir kumpulan pada 12 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram