Puma melancarkan dua jersi baharu Harimau Malaya untuk musim 2026/27.
Pelancaran jersi untuk gelanggang sendiri dan gelanggang lawan skuad Malaysia itu diumumkan Puma di semua platform rasmi mereka.
Menariknya, jersi tempat sendiri Harimau Malaya menggunakan rekaan garisan hitam melintang dan warna kuning. Rekaan tersebut mirip dengan rekaan jersi yang digunakan Adidas untuk jersi era 1995 hingga 1997 dan 2001.
Jersi tempat lawan skuad negara pula menggunakan warna biru gelap sebagai warna utama. Kedua-dua jersi turut memiliki corak unik dengan di mana ia disesuakan dengan pemilihan warna kuning dan biru gelap.
Sebaik saja jersi tersebut dilancarkan, ramai peminat bola sepak negara memberi komen positif terhadap kedua-dua jersi.
Seorang pengguna Instagram bernama Le_Keju menyifatkan jersi kali ini lebih baik daripada jersi sebelumnya. “Bagus, nampak cantik dan lebih baik,” katanya di ruang komen.
Seorang lagi pengguna Instagram bernama_Keroladhaz turut senada dengannya. Dia menyifatkan pemilihan warna kuning dan biru gelap sesuai untuk kedua-dua jersi menerusi komen ini, “Memang padu warna (jersi) gelanggang sendiri dan lawan. Sangat lawa.”
Peminat boleh mendapatkan kedua-dua jersi di laman sesawang Puma dan kedai-kedai Puma dan Al-Ikhsan yang terpilih.
Jersi ini dijangka digunakan untuk kempen FIFA ASEAN Cup yang akan bermula pada hujung bulan ini.