Punca Pearly Tan ‘Menghilang’ Kini Sudah Terjawab
UltraSukan
Mikael Ropars/Badminton Photo
Advertisements

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menjelaskan ketiadaannya di sesi latihan sebelum ini adalah kerana beliau dijangkiti Covid-19.

Pearly Tan berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari mengenai perkembangan dirinya yang tidak kelihatan turun di gelanggang untuk sesi latihan sebelum ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata ketiadaan kelibat beliau disebabkan beliau dijangkiti Covid-19 baru-baru ini dan kini beliau sudah sembuh serta bersedia kembali beraksi di gelanggang.

Advertisements

Dalam masa yang sama, pemain kelahiran Kedah itu menjelaskan bahawa beliau telah menemui semula komunikasi terbaik bersama pasangannya, Thinaah Muralitharan

Pearly dan Thinaah kini sedang dalam persiapan rapi untuk mengetuai cabaran negara dalam acara beregu wanita di Petronas Malaysia Open 2024 yang merupakan aksi pembuka tirai bagi musim 2024.

Selain Pearly-Thinaah, atlet Malaysia yang bakal menyertai Petronas Malaysia Open 2024 ialah Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Jin Wei dan ramai lagi.

Advertisements

Petronas Malaysia Open 2024 dijadualkan berlangsung bermula 9 Januari 2024 sehingga 14 Januari 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram