Pusat Latihan Bernilai RM32 Juta Dibuka Di Singapura
Dunia
Lion City Sailors
Advertisements

Juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors FC secara rasminya mengistiharkan kemudahan pusat latihan baharunya yang bernilai lebih RM32 juta petang semalam.

Pusat latihan ini akan menjadi tempat utama buat skuad senior, skuad bawah 21 tahun (B-21), pelatih akademi, pasukan wanita serta staf pentadbiran di bawah satu bumbung yang sama.

Projek pusat latihan yang dipersiapkan setahun lalu ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lima padang bola sepak termasuk sebuah padang hybrid sebelas sebelah. 

Advertisements

Bukan itu sahaja, pusat latihan yang berkeluasan 28,000 meter persegi ini turut mempunyai gimnasium, bilik fisioterapi, bilik persalinan, bilik rekreasi, bilik analisis termasuk bilik pengajian untuk pelatih akademi.

Menariknya, pusat latihan ini juga mempunyai sebuah kafe, kawasan tontonan orang ramai serta ruang mesra masyarakat untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan setempat.

Untuk makluman semua, pembinaan pusat latihan bola sepak bersepadu sebegini merupakan projek yang pertama dibina di Singapura.

Advertisements

Majlis pembukaan pusat latihan baharu ini dirasmikan oleh pengerusi kelab merangkap pengasas Sea Ltd, Forrest Li dan dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram