Pusat Latihan Kelantan Bakal Jadi Realiti
Liga Super
TRW Kelantan
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Kelantan bakal memiliki pusat latihan sendiri.

Norizam atau lebih dikenali dengan sapaan Zamsaham memaklumkan pusat latihan The Red Warrior bakal dibina diatas tanah seluas lapan ekar. Lokasinya terletak di bersebelahan Padang Polo di Pengkalan Chepa.

“Tanah seluas lapan ekar di sebelah padang polo, Pengkalan Chepa untuk pusat latihan TRW telah diluluskan.”

Advertisements

Zamsaham pada tahun lepas sebelum ini pernah berkongsi tentang cadangan bagi Kelantan memiliki pusat latihan sendiri. Kini perkara tersebut dilihat bakal menjadi realiti apabila kertas kerja telah diluluskan.

“Kerja akan dimulakan selepas kelulusan kerja tanah. Ahamdulillah.”

Kelantan yang kini menghuni tangga ketiga belas dalam carta Liga Super 2023 bakal berdepan Kelantan United malam ini, Aksi ‘Kelantan Derby’ itu dijadualkan berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV tepat jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram