Pusingan Akhir ACLE Kekal Di Arab Saudi Hingga 2029
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pusingan akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) akan kekal diadakan di Arab Saudi sehingga musim 2028/29.

Pengumuman ini antara sebahagian daripada pengumuman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung saingan bola sepak berprestij itu.

AFC mengambil langkah mengekalkan Arab Saudi sebagai tuan rumah kerana berpuas hati dengan usaha Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) menganjurkan pusingan akhir kejohanan itu untuk musim 2024/25 dan 2025/26.

AFC turut mengumumkan beberapa pembaharuan membabitkan ACLE bermula musim 2026/27. Pasukan-pasukan yang layak ke peringkat Liga Timur dan Liga Barat akan bertemu dengan lawan yang diundi sebanyak dua kali berbanding sekali.

Selain itu, AFC juga memutuskan semua perlawanan akhir Liga Timur dan Liga Barat ACLE akan diadakan secara serentak. AFC melihat langkah ini menjamin kesaksamaan antara semua pasukan bertanding.

Kelab Arab Saudi, Al-Ahli merupakan juara bertahan selepas mengungguli kejohanan itu sebanyak dua kali.

Saingan ACLE musim ini juga lebih meriah dengan kehadiran 32 pasukan berbanding 24 pasukan pada musim lalu. Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi wakil tunggal Malaysia bersaing dalam saingan ini.