Qaseh Rania Ketuai Malaysia B-17 Berdepan Jordan & Palestin
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Skuad Malaysia B-17 telah mengumumkan barisan pemain bagi aksi persahabatan berdepan Jordan dan Palestin diketuai oleh pemain Wolfsburg, Qaseh Rania.

Senarai nama 26 pemain telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress B-17, Cameron Ng bagi menyertai kem latihan pusat bermula Jumaat, 27 September 2024.

Ad
Sponsors

Tujuh pemain yang dipanggil merupakan pemain Velocity Academy, sementara enam pemain Melaka dan lima pemain SSS Leopard turut memperkuat cabaran skuad muda negara.

Ad

Sementara, dua pemain muda Sime Darby, Sabah dan FEM19 FC bersama pemain Real CJ dan Wolfsburg, Qaseh Rania melengkapkan senarai panggilan 26 pemain tersebut.

Daripada senarai 26 pemain ini, hanya 23 pemain yang akan dibawa bagi mengharungi 2 aksi persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Palestin di Jordan pada 2 hingga 8 Oktober ini.

Ad

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada persiapan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2026, tahun hadapan.

Ad

Malayan Tigress B-17 bimbingan Cameron Ng ini dijadualkan berlepas ke Jordan pada Rabu, 2 Oktober 2024 beberapa hari sebelum memulakan siri perlawanan persahabatan ini

Ad

Aksi pertama buat skuad muda wanita negara adalah pada Sabtu, 5 Oktober 2024 berdepan Jordan sebelum turun bertemu Palestin pada Isnin, 7 Oktober 2024.