Dunia
Newsbeezer
Advertisements

Seperti yang diketahui pemain bintang dari Vietnam, Nguyen Quang Hai telah berkelana di bumi Perancis dengan beraksi untuk Pau FC di Liga 2 Perancis.

Namun begitu, pemain berusia 25 tahun itu masih belum dapat menghasilkan impak bersama pasukan itu walaupun beliau telah diturunkan dalam kesemua tiga perlawanan bersama Pau.

Dalam debutnya bersama Pau, Quang Hai telah diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang pasukan Guingamp. Quang Hai dimasukkan pada minit ke-60 dalam usaha pasukan untuk mencari gol.

Advertisements

Perlawanan itu berkesudahan dengan kekalahan 4-0 buat Pau. Dalam perlawanan kedua liga menentang Dijon, Quang Hai tersenarai dalam kesebelasan utama Pau. Beliau juga gagal menyerlah dalam perlawanan itu apabila hanya 46% sahaja hantaran tepat yang beliau berjaya hasilkan dan beliau dikeluarkan pada minit ke-68. Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan.

Dan yang terkini, Quang Hai sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama Pau ketika menentang Le Havre awal pagi tadi. Beliau juga bergelut dalam perlawanan ini selepas enam kali hilang penguasaan bola dan beliau seterusnya dikeluarkan pada minit ke-63. Perlawanan berkesudahan terikat 1-1.

Quang Hai Le Havre Quang Hai Jadi Sayur Di Perancis
Sumber: Sofascore

Dalam 3 aksi awal bersama Pau, Quang Hai masih gagal untuk melepaskan rembatan ke arah gol pasukan lawan. Kini Pau berada di tangga ke-15 liga dengan mengumpul 2 mata hasil dua keputusan seri.

Advertisements

Ternyata memang sukar buat Quang Hai untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak eropah. Walau bagaimanapun, memperlihatkan nama beliau sentiasa berada di kesebelasan utama, ini menandakan Quang Hai menjadi pilihan utama jurulatih Pau sendiri, Didier Tholot.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram