Advertising
Quang Hai Mahu Beraksi Di Eropah, Tolak Tawaran Kekal Bersama Hanoi FC
MakanBola
nguyenquanghai12041997

Bintang muda Vietnam, Nguyen Quang Hai dikatakan menolak tawaran kontrak baharu yang ditawarkan pasukannya ketika ini, Hanoi FC.

Dikhabarkan, beberapa pasukan di Liga Jepun dan Korea mahu menggunakan khidmat bintang muda ini.

Ad

Jika kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, pemain berusia 24 tahun ini akan diistiharkan sebagai ejen bebas dan ini bermakna beliau boleh menyertai mana-mana kelab apabila kontraknya tamat pada April ini.

Ad

Menurut VNExpress, Quang Hai menolak tawaran tersebut oleh kerana mahu melebarkan sayapnya di bumi Eropah dengan pasukan yang baru.

Beliau mula menyertai Hanoi FC pada tahun 2015 dan sudah mencatatkan 126 penampilan dengan 32 jaringan. Beliau juga berjaya membantu pasukannya menjadi juara di Liga Utama pada tahun 2016, 2018 dan 2019.

Ad

Nguyen Quang Hai, merupakan pemain bola sepak yang paling berjaya di Vietnam. Pelbagai kejayaan yang telah beliau kecapi sepanjang kariernya di sana.

Ad

Untuk rekod, pemain muda ini sudah memenangi bebrapa kejayaan peribadi seperti Vietnam Golden Ball Award (2018), AFF Championship MVP (2018), Best Young Player V-League (2017,2018), V-League Player of the Season (2019) dan AFF Men’s Player of the Year (2019).

Ad