Asia
Advertisements

Kelayakan Piala Dunia: ‘Messi Vietnam’ Quang Hai Sedia ‘Ajar’ Malaysia Di Kuala Lumpur.

Quang Hai, pemain yang menjaringkan gol kemenangan Vietnam ke atas Malaysia di Hanoi ingin menyertai skuad Vietnam sekali lagi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Kuala Lumpur.

Quang Hai Belum Cergas Sepenuhnya

Walaupun masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan ketegangan otot, ‘Messi Vietnam’ ini tidak mahu melepaskan peluang membenam pasukan Harimau Malaya.

Advertisements

Baca Juga: Pemain Tengah Vietnam Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah

Selepas perlawanan persahabatan Hanoi FC menentang Viettel di Stadium Hang Day, Nguyen Quang Hai kelihatan mengalami kecederaan.

Bercakap selepas perlawanan tamat seperti yang dilaporkan oleh Sports442;

Advertisements

“Saya sedang mengalami sedikit masalah dengan ototnya. Saya fikir saya semakin cergas hari demi hari. Setiap pemain mencuba sebaik mungkin untuk membantu mencari jaringan untuk keseluruhan pasukan. Bila saya cedera dan tiada kekuatan, saya ingin cepat sembuh dan bermain.”

Quang Hai Vietnam
Quang Hai meraikan jaringan kemenangannya ketika menentang Malaysia di Hanoi.

Pemain nombor 19 ini berkata dia bersedia untuk bermain di mana-mana posisi sekalipun.

“Saya tidak boleh bagi tahu posisi mana saya akan bermain memandangkan ia merupakan tugas jurulatih. Secara peribadinya, tidak kira di mana posisi saya sekalipun, saya tetap akan mencuba yang terbaik.”

“Menentang Malaysia, saya akan cuba bermain dengan baik untuk mencapai kemenangan.”

Pemain yang sentiasa menjadi duri dalam daging ini akan menyertai skuad Vietnam pada 21 Mac dan mereka akan menentang Kyrgyzstan pada 26 Mac sebagai persediaan sebelum menentang Malaysia.

Baca Juga: Vietnam Goyang Jumpa Malaysia, Atur Persahabatan Dengan Iraq Sebagai Persediaan

Advertisements

Skuad anak didik Park ini bakal bertemu Malaysia pada 31 Mac di Kuala Lumpur.

Sebelum ini pemain tengah Vietnam ini mengakui Malaysia merupakan antara pasukan paling sukar beliau pernah bermain di rantau Asia Tenggara.

Quang Hai yang berumur 22 tahun merupakan pemain kegemaran pasukan Vietnam dan sudah menjaringkan lebih 49 gol sepanjang menyertai Hanoi FC dan skuad kebangsaan Vietnam.

Advertisements

Dalam perlawanan sebelum ini di Stadium My Dinh, Vietnam, Malaysia tewas 0-1 menerusi jaringan tunggal Quang Hai pada minit ke-40. Vietnam juga hampir menguasai keseluruhan permainan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram