Vietnam Goyang Jumpa Malaysia, Atur Persahabatan Dengan Iraq Sebagai Persediaan

January 30, 2020

Pasukan Vietnam akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Iraq di Stadium Go Dau, Binh Duong, pada 26 Mac 2020 sebagai persiapan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Skuad yang diberikan jolokan nama naga emas itu kini menjadi pendahulu kumpulan G dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Manakala Malaysia berada di tangga kedua dalam kumpulan G.

Vietnam yang merupakan pasukan yang berada di ranking ke-14 AFC akan menentang Iraq yang merupakan pasukan di tangga ke-7 AFC.

Pasukan Iraq bekas juara Piala Asia 2007

Pasukan Iraq turut mengungguli kumpulan C dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Turut berada dalam kumpulan C adalah Iran yang berada ditangga ke-3. Iraq selaku bekas juara Piala Asia 2007 pastinya akan meneruskan rentak kemenangan dengan berbaki 3 perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Perlawanan Persahabatan Vietnam lwn Iraq

Vietnam yang akan menentang Malaysia pada 31 Mac 2020 di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Malaysia yang turut akan memberikan saingan sengit di gelanggang sendiri.

Malaysia juga akan menghadapi Bahrain dalam perlawanan persahabatan pada 21 Mac 2020 sebelum menentang UAE pada 27 Mac 2020 dalam perlawanan kelayakan kumpulan G.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
423 views

By Naim Rahim
@naimbola90

Terbaru