Senarai Pemain Import Liga Super Beraksi Di FIFA ASEAN Cup
MakanBola
SFC/PFF

Saingan FIFA ASEAN Cup menyaksikan ramai tonggak import pasukan Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro membawa cabaran negara masing-masing.

Filipina memiliki kontinjen pemain import Liga Super paling ramai dengan enam orang membabitkan posisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan serangan.

Mereka ialah Jefferson Tabinas (Selangor FC), Manuel Ott (Terengganu FC), Jarvey Gayoso (Penang FC), Oskari Kekkonen (Sabah FC), Quincy Kammeraad (Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dan Amani Aguinaldo (DPMM FC).

Myanmar dan Timor Leste masing-masing pula memiliki dua wakil iaitu Hein Htet Aung (Melaka FC), Wai Lin Aung (Negeri Sembilan FC), Joao Pedro (Kuching City FC) dan Zenivio (UM-Damansara).

Singapura memiliki satu wakil iaitu rakan sepasukan Tabinas di Selangor, Safuwan Baharudin.

Kesemua pemain ini berharap dapat membantu negara masing-masing cemerlang dalam saingan FIFA ASEAN Cup. Filipina bersaing dalam Kumpulan B Divisyen 1 bersama Thailand, Pakistan dan Vietnam.

Singapura pula dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Malaysia dan Bangladesh. Myanmar dan Timor Leste pula dalam Kumpulan B Divisyen 2 bersama Kemboja.