Quentin Cheng Sah Bersama Selangor FC Musim Hadapan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Dalam satu hantaran di Twitter, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pemain kacukan Malaysia/Australia, Quentin Cheng akan kembali bersama kelab asalnya, Selangor FC untuk saingan liga musim hadapan.

Quentin sebelum ini telah dipinjamkan selama semusim untuk mengharungi saingan Liga Super dan Piala Malaysia bersama skuad Penang FC. Aksi memukau Quentin bersama Penang FC sekaligus membantu pasukannya itu menamatkan kempen Liga Super dikedudukan tiga terbaik.

Pertahanan muda berusia 21 tahun itu difahamkan sah kembali ke pangkuan Red Giants sejurus tempoh pinjamannya telah tamat. Walau bagaimanapun, kontrak Quentin bersama Selangor FC masih berbaki lagi setahun.

Advertisements

Persembahan dan prestasi cemerlang Quentin Cheng dalam saingan Liga Super sentiasa menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan. Sudah tentu ramai dalam kalangan penyokong Penang FC yang bakal terasa akan kehilangan prospek muda itu.

Kredibiliti yang ada pada pemain bek kanan ini turut mendapat perhatian pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe dan Brad Maloney apabila namanya turut tersenarai dalam pasukan kebangsaan. Semoga Quentin Cheng terus cemerlang dan konsisten mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan liga Malaysia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram