Rahadiazli Hampir Pasti Tinggalkan Terengganu
Transfer
Officialterengganufc
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dikhabarkan selangkah untuk meninggalkan pasukannya, Terengganu FC.

Berita perpindahan penjaga gol muda ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi ketika ditemu bual dalam rancangan Nadi Arena.

“Di posisi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim hampir pasti juga ucapkan selamat tinggal (kepada Terengganu)”, lapor Fadhirul.

Advertisements

Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggesa Rahadiazli untuk mencari kelab baharu pada musim hadapan ketika sidang media sebelum perlawanan Piala AFC menentang Bali United.

Rahadiazli yang kini berada di China bersama skuad bawah 23 tahun negara gagal menambat hati barisan kejurulatihan Terengganu dan tempatnya diambil penjaga gol, Suhaimi Husin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram