Rahsia Matthew Davies Kekalkan Stamina Pada Tahap Tertinggi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelibat pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies seringkali menimbulkan rasa teruja dan juga kagum apabila beliau dilihat mampu untuk mengekalkan tahap kecergasan dengan sangat baik.

Pemain kelahiran Australia-Malaysia itu kini menjadi sandaran utama pasukan Harimau Selatan di pentas kejohanan tertinggi Asia (AFC) memperagakan persembahan yang sangat konsisten di atas padang.

Beraksi 90 minit dalam semua perlawanan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bukanlah mudah keranan model permainan yan berintensti tinggi dimainkan oleh semua pasukan yang bertanding.

Advertisements

Davies juga antara salah seorang pemain yang mampu untuk mengekalkan tahap kecergasan menerusi aksi bertenaganya di atas padang.

Sungguhpun kini beliau banyak beraksi sebagai pertahanan tengah, pemain berusia 27 tahun ini seringkali melakukan larian-larian untuk membantu bahagian sayap kanan pasukan JDT.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh JDT TV, Davies telah pun berkongsikan tips bagaimana beliau mampu untuk menjaga kondisi dirinya untuk terus tampil konsisten setiap kali diturunkan.

Advertisements

Menurut beliau, antara rahsia beliau adalah dengan menjaga diet dan mengekalkan pemakanan seimbang setiap hari.

Hal ini boleh dilihat menerusi sistem diet yang diterapkan di kem JDT yang menyebabkan para pemain sudah terbiasa untuk mengambil makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka.

Davies yang berkunjung ke Bazar Ramadan Gelang Patah itu bersama-sama Bergson Da Silva,Safawi Rasid dan juga Safiq Rahim ditugaskan untuk membeli juadah berbuka puasa yang berkhasiat sahaja.

Advertisements

Perhatian tertumpu kepada Davies yang benar-benar bertegas termasuklah bertanyakan kepada penjual tentang bahan yang digunakan dalam masakan tersebut.

Beliau juga turut meneliti kandungan gula yang diletakkan dalam minuman sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Ini menunjukkan disiplin yang tinggi oleh seorang pemain bola sepak profesional dalam mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi.

Advertisements

Davies kini berada pada kemuncak prestasi selain membantu JDT untuk memungut 7 mata selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram