Ramai Cakap Saya ‘Berat’ – Junior Eldstal
Harimau Malaya
Advertisements

Pemain kacukan Sweden-Malaysia, Junior Eldstal masih memasang impian untuk bermain bersama pasukan kebangsaan.

Junior yang sebelum ini mengalami kecederaan teruk ketika bersama pasukan JDT mengambil keputusan untuk keluar dan ‘bersara’ sementara dari aktiviti bola sepak profesional untuk memberi peluang dirinya pulih dari kecederaan.

Sekembalinya beliau dari Eropah, Junior lantas menyertai kelab Thai League 1, Chonburi FC dan berjaya mempamerkan aksi bertenaga dalam 12 penampilan bersama kelab Thailand berkenaan.

Advertisements

“Apabila saya memutuskan untuk bermain semula (bola sepak), matlamat saya adalah untuk bermain bersama Malaysia.”

“Ramai yang menyatakan saya sudah tidak boleh bermain lagi, masih berat dan sudah tidak mampu mencapai prestasi terbaik.”

“Ia merupakan satu penghargaan yang besar sekiranya jurulatih Tan Cheng Hoe mempertimbangkan khidmat saya”, jelas Junior.

Advertisements

Sejak menyertai pasukan Chonburi, Junior berjaya mempamerkan aksi bertenaga dibarisan pertahanan dan beberapa kali membantu pasukannya melakukan beberapa gerakan berbahaya ke kawasan kotak penalti pasukan lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram