Ramalan Awal Tano Solari Benar-Benar Terjadi
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari telah membayangkan bahawa pertembungan akhir Piala FA akan berlangsung sebegini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan Harimau Selatan meraih trofi kedua pada musim ini selepas meraih kemenangan 2-0 semalam.

Pengendali kelahiran Argentina itu bagaimanapun sudah meramalkan bahawa aksi ini bakal menjadi sukar seawal minit pertama permainan.

Advertisements

Beliau sedar bahawa The City Boys memiliki kemampuan dari set piece yang cukup luar biasa dan mampu untuk mendatangkan masalah kepada mereka.

Jurulatih muda ini bagaimanapun memastikan persiapan pasukan berjalan lancar untuk mengekang sebarang kemungkinan daripada lawan.

“Kita akan bermain seperti biasa, untuk menyerang dan menjaringkan gol. Kita tahu KL City memiliki kualiti dari set piece tetapi kita akan beraksi seperti biasa.”

Advertisements

Perkara ini benar-benar menjadi realiti apabila kebanyakan peluang yang dimiliki oleh anak didik Bojan Hodak hadir menerusi sepakan pecuma termasuklah detik apabila Marko Zirdum hampir-hampir menjaringkan gol pembukaan.

Sejurus tamat perlawanan, Solati tahu bahawa para pemainnya akan ‘sakit’ seperti yang sudah diramalkan pada awalnya.

“Kami tahu ia akan terjadi. Ini perlawanan akhir dan akan sentiasa menjadi aksi yang sukar kerana melibatkan pertarungan mental.”

Advertisements

“Kita bagaimanapun berjaya mengawal permainan dan hampir menjaringkan gol pada awalnya tetapi kita sememangnya layak untuk memenangi perlawanan ini,” jelasnya kepada Astro Arena.

Solari juga mahu anak buahnya terus dahagakan kemenangan dan yakin dengan kemampuan JDT untuk terus memburu kejayaan.

Goo Hong Wan dan Leandro sudah cukup untuk memastian JDT pulang dengan kejuaraan penting untuk meingkatkan moral pasukan bagi baki saingan liga dan Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram