Rancangan Berbeza JDT Hadapi Sanfreece Hiroshima
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim – JDT dijangka mempetaruhkan jentera serangan berbeza menjelang aksi timbal balik menentang Sanfreece Hiroshima.

Pasukan kendalian Xisco Munoz cemerlang pada aksi pertama Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) selepas merekodkan kemenangan 3-1 ke atas jaguh Jepun itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

JDT dijangka bakal mempertaruhkan gandingan baharu pada posisi serangan selepas ketiadaan penyerang berbisa, Joao Figueiredo.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan telah meletakkan pemain berusia 31 tahun itu dalam tiga aksi terakhir kempen ACLE – termasuklah ketika mencatatkan kemenangan ke atas Hiroshima.

Beliau telah beraksi dalam kesebelasan utama bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut dan bergandingan dengan Jairo Da Silva (2 kali) dan Bergson (1 kali) bagi aksi tersebut.

JDT dijangka membentuk gandingan baharu di tempat lawan selain mengekalkan kelebihan untuk mara ke pentas suku akhir buat kali pertama.

Jaguh Liga Super itu masih memiliki beberapa pilihan dari bangku simpanan seperti Bergson, Manuel Hidalgo, Yago Caesar termasuklah pemain muda, Teto Martin.

Rekod semasa menyaksikan JDT menang kesemua enam perlawanan terakhir pasukan sementara Sanfreece Hiroshima menang dua daripada lima perlawanan terakhir.

Aksi antara Sanfreece Hiroshima vs JDT dijadual berlangsung pada Rabu, 11 Mac 2026 jam 6.00 petang (waktu Malaysia) di Edion Peace Wing Hiroshima.