Ranking BWF: Dua Beregu Muda Malaysia Catat Peningkatan Mendadak
UltraSukan
BA Malaysia/BWF
Advertisements

Kemas kini ranking BWF yang dikeluarkan pada Selasa lalu menyaksikan dua beregu muda dari Malaysia terus mendaki kedudukan tinggi dalam carta ranking.

Dua beregu yang mencatatkan peningkatan ini adalah naib juara Spain Masters 2024, Arif Junaidi-Yap Roy King dan juga pasangan berusia 18 tahun, Aaron Tai-Kang Khai Xing yang menjuarai Thailand International Challenge pada Ahad yang lalu.

Menerusi kemas kini ranking yang dikeluarkan oleh Badminton World Federation (BWF) pada Selasa, kedudukan Arif Junaidi dan Roy King dilihat meningkat sebanyak 15 anak tangga untuk mengatasi beberapa pasangan dari Eropah.

Advertisements

Meskipun terpaksa akur tewas kepada pasangan Indonesia di final Spain Masters Ahad lalu, Arif-Roy King tetap berjaya mengutip mata yang tinggi untuk berada di tangga ke-50 dunia.

Manakala Aaron Tai-Kang Khai Xing pula melonjak ke tangga ke-118 dunia, meningkat sebanyak 49 anak tangga berbanding ranking terdahulu hasil kemenangan di Thailand hujung minggu lalu.

Pasangan muda berusia 18 tahun ini mencipta kejutan dengan bergelar juara pada Toyota Thailand International Challenge 2024 setelah menewaskan pasangan tuan rumah, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul.

Advertisements

Aaron Tai dan Khai Xing cemerlang menundukkan pilihan kedua dari Thailand itu dengan keputusan straight set 21-17, 21-17 untuk meraih gelaran juara pada Ahad lalu.

Bagi sektor beregu lelaki, pasangan dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy mengekalkan kedudukan berada di tangga pertama sambil diiikuti rapat juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik masih kekal di tangga kelima dunia selepas berjaya tampil cemerlang untuk mara ke final All England 2024 yang lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram