Ranking FIFA: Jumlah Mata, Rekod & Sejarah Baharu Jika Malaysia Kejutkan Vietnam
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang melakar satu sejarah baharu selain memperbaiki kedudukan ranking FIFA bertemu Vietnam, malam Rabu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe turun ke My Dinh dengan defisit dua jaringan susulan kekalahan kepada pasukan ke-99 dunia itu di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026, pada Ahad.

Malaysia tunduk dengan keputusan 2-0 di Cheras sungguhpun tampil dengan persembahan yang cukup mengujakan.

Beraksi di gelanggang lawan, Harimau Malaya berpotensi untuk meraih tambahan mata penting ranking FIFA dengan +3.16 mata menanti sekali gus menjadikan pungutan mata keseluruhan kepada 1093.88.

Rekod Malaysia Bertemu Vietnam

Malaysia dalam misi untuk memperbaiki rekod bertemu skuad kendalian Kim Sang-sik – tewas 10 kali dalam 12 pertemuan terakhir.

Harimau Malaya menang kali terakhir bertemu Vietnam adalah pada aksi separuh akhir Piala AFF 2014 dengan keputusan 4-2 dan hanya seri sekali dalam tempoh tersebut iaitu pada tahun 2018 dengan keputusan 2-2.

Sejarah Baharu Bakal Tercipta

Malaysia berpeluang untuk mencipta sejarah baharu bertemu Vietnam sekali gus melangkah ke pentas akhir kejohanan.

Sekiranya berjaya melakar kemenangan untuk ke final, sekali gus menamatkan penantian lebih 8 tahun untuk ke pentas akhir.

Kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke pentas akhir adalah pada tahun 2018, namun tewas kepada Vietnam 3-2 secara agregat.

Aksi Vietnam vs Malaysia dijadual pada Rabu, 19 Ogos 2026 jam 9.00 malam (waktu Malaysia) di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.