Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Kedudukan Negara Eropah
Harimau Malaya
Millitakimlar
Advertisements

Malaysia memiliki peluang terakhir untuk memungut mata FIFA bagi aksi penting di final Pestabola Merdeka 2023 yang membolehkan pasukan negara memintas kedudukan negara Eropah.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya memungut mata FIFA penuh berdepan pasukan ke-102 dunia, India selepas merekodkan kemenangan 4-2 di Bukit Jalil.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya memperoleh tambahan +6.4 mata FIFA dan menjadikan pungutan mata terkini kepada 1100.94 mata.

Advertisements

Skuad kebangsaan memiliki satu lagi peluang berharga untuk membawa kebanggaan kepada rakyat Malaysia apabila bakal beraksi di final Pestabola Merdeka 2023 pada 17 Oktober 2023.

Perlawanan menentang pasukan ke-110 dunia, Tajikistan bakal menyaksikan Harimau Malaya berpeluang untuk meraih tambahan +5.78 mata FIFA.

Kemenangan tersebut bukan sahaja memberikan kejuaraan pertama buat skuad negara di bawah kendalian Kim Pan-gon, ia juga bakal melonjakkan kedudukan negara ke tangga 132 dunia dengan 1106.72 mata.

Advertisements

Ini membolehkan Malaysia memintas kedudukan negara Eropah, Latvia yang tewas bagi aksi Kelayakan Euro kepada Turki dengan keputusan 4-0 sekaligus kehilangan -4.61 mata.

Ini juga membolehkan Malaysia kembali memintas Filipina selepas kali terakhir melakukannya kira-kira 12 tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram