Ranking FIFA: Malaysia Naik 2 Anak Tangga, Peroleh Mata Maksimum
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Raking FIFA Malaysia: Malaysia peroleh mata maksimum ranking FIFA dalam tetingkap kali ini selepas berjaya memenangi kedua-dua aksi perlawanan persahabatan bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Kemenangan terhadap Kepulauan Solomon memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak +5.21 manakala kemenangan terhadap Papua New Guinea memberikan tambahan +4.24 mata kepada Malaysia menjadikan mata keseluruhan yang dipungut adalah +9.45.

Tambahan mata ini juga menjadikan Malaysia berada di tangga teratas di Asia Tenggara dari segi jumlah pungutan mata dalam tetingkap FIFA kali ini dan berjaya mendaki 2 anak tangga dari kedudukan 138 kepada 136 dunia.

Advertisements

Mata keseluruhan masa nyata Malaysia kini adalah sebanyak 1091.58 sekaligus memintas kedudukan Rwanda (1,089.46) dan Turkmenistan (1,089.78).

Rangking FIFA: Hampiri kedudukan Filipina

Pungutan mata terbaru ini juga bermakna Malaysia berjaya merapatkan jurang pungutan mata kepada Filipina yang kini berada di tangga ke-135 dengan 1,095.65 mata dengan perbezaan hanya sebanyak 4.07 mata.

Tetingkap FIFA seterusnya dijadualkan pada 4–12 September 2023, 9–17 October 2023, dan 13–21 November 2023 sebelum bermulanya temasya Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun 2024 nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram