Ranking Indonesia Naik Mendadak, Kini Hampiri Malaysia
MakanBola
Timnas Indonesia

Kemas kini ranking masa nyata FIFA menyaksikan pasukan kebangsaan Indonesia menghampiri kedudukan Malaysia selepas mencatatkan dua kemenangan besar.

Skuad kendalian Shin Tae-yong berdepan Brunei bagi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Sang Garuda mencatatkan kemenangan 6-0 pada aksi pertama sebelum merakamkan kemenangan kedua dengan jumlah jaringan sama untuk menjadikan agregat 12-0.

Kemenangan itu telah membantu Indonesia untuk memungut tambahan mata FIFA sebanyak +16.95 mata bagi dua aksi tersebut.

Kejayaan cemerlang itu menyaksikan musuh tradisi Malaysia itu menghampiri kedudukan Harimau Malaya selepas naik dua tangga.

Indonesia ketika ini mengumpul 1069.82 mata dan menghuni tangga ke-145 dunia sementara Malaysia di tangga ke-137 dunia dengan 1096.72 mata.

Bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Indonesia berada dalam Kumpulan F bersama Iraq, Vietnam dan Filipina manakala Malaysia dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan juga Taiwan.